setelah sekian lama tidak mnjejakkan kaki ke KLINIK GIGI, trauma.. maka dengan pengaruh kuat apish, aku mencuci gigi2ku..jantung macam nk pecah!! padahal cuci je...takut aku mengalahkan kecuakkan sang apish...beristighfar sepanjang tempoh menunggu...after apish meronggakkan giginye, NOW MY TURN BEBEH~Ooh dentist yg disanjungi~ngilu la makcik!!
x di sangka2..next week aku di undang lagi untuk ke KLINIK GIGI~tampal ya anom baha...3 lubang di temui..tp sume lubang itu masih cinonet..NEXT WEEK ANOM DATANG YE...
apa yang di pahamkan dr hujahan dentist tersebut, rawatan mencuci gigi ini PERLU..WAJIB..OBLIGATION..bg setiap makhluk selagi die bergelar MANUSIA BERGIGI..
- Rawatan pencucian gigi bertujuan untuk membuang karang-karang gigi, plak-plak yang melekat pada permukaan gigi dan juga boleh membuang stain (tanda kotor) pada gigi disebabkan rokok, teh, kopi, milo dan lain2 lagi~
- barangsiapa yg memiliki gigi KUNING semulajadi..jangan la anda brharap rawatan ini mampu memutihkan gigi anda~hampa jadinya nanti..
- rawatan bergantung kepada individu-[setiap bulan~bagi org yang kuat merokok sehingga banyak stain pada gigi] [3 bulan sekali bagi mereka yang mempunyai masalah tulang dan gusi ][6 bulan sekali bagi kebiasaan orang] [setahun sekali bagi mereka yang pandai menjaga gigi dan gigi bebas dari masalah]=)
- pencucian gigi dengan kerap akan menyebabkan gigi menjadi terhakis atau nipis. kenyataan ini x tepat ye rakan2~Mata pencuci gigi itu x tajam, Ianya membuang karang gigi dengan cara getaran. selalunya semasa mencuci gigi itu gigi akan terasa ngilu ( banyak air yang dikeluarkan oleh mata pencuci ) dan kerana getaran pada permukaan gigi terutamanya kepada permukaan akar gigi yang telah terdedah akibat penurunan gusi
- Sekiranya x tahan ngilu, rakan2 boleh meminta agar doktor membius atau pun menyapu ubat utk menghilangkan rasa ngilu ( tapi x semua klinik ada ubat sapu utk hilangkan rasa ngilu)
- gusi brdarah ketika rawatan adalah perkara normal~so x yah nk kaget sambil melolong~
- Karang gigi akan menyebabkan gusi senang berdarah. Sebab itu time gosok gigi, gusi rakan2 berdarah dan kalau gusi yang sudah dijangiti kuman dengan teruk, gusi akan berdarah walaupun tidak disentuh. Penyakit ini dipanggil gingivitis. Ia boleh diubati dengan cara pemberusan gigi dengan betul dan juga rawatan pencucian gigi
bagi rakan2 yg senasib dengan si apish yg kehilangan giginya~ cadangan ini bagus untuk kalian..
Mengantikan gigi yang hilang
1. Bridge
- Ia boleh dibuat untuk menggantikan gigi yang telah dicabut atau semulajadi tiada
- Nampak natural
- Tahan lama jika dijaga dengan betul
- Kekurangan~ ia boleh tanggal jika gigi yang menjadi pegangan bridge itu rosak. Tapi jika dijaga dengan baik, gigi xkan rosak
- Gigi bersebelahan perlu kuat ( tak bergoyang )untuk membolehkan kita membuat bridge. Jika tidak bridge x tahan lama
2. Implan
- Lebih baik berbanding bridge kerana tidak perlu mengecilkan gigi bersebelahan dan ianya seperti memiliki gigi asli
- Ia juga boleh menolong mereka yang mahu membuat bridge tetapi tiada gigi sokongan terutamanya di bahagian belakang
- Harganya sangat mahal dalam 5000-6000 sebatang tak termasuk crown
- Tempoh rawatan agak lama untuk memastikan skru bercantum dengan tulang, biasanya dalam 9 bulan kemudian barulah crown akan dilekatkan kepada skru
- Tak semua orang sesuai utk rawatan ini~ bergantung pada keadaan tulang dan kesihatan serta habit seseorang. Perokok biasanya digalakkan berhenti merokok jika nakkan implan berjaya. Diabetis yang tidak terkawal juga menyebabkan proses pelekatan implan kepada tulang kurang berjaya. Kebersihan mulut juga penting utk menjayakan rawatan ini kerana jika tidak menjaga kebersihan mulut dengan betul, plak akan menyebabkan tulang di sekitar implan itu menurun dan seterusnya menyebabkan implan tidak bercantum dengan tulang
so, pilihan di tangan anda... supaya anda nampak lebih berkeyakinan, lebih bersemangat dan juga tidak segan untuk senyum…=)
~special thanks to KLINIK GIGI yg sudi menghiburkan hati ku tatkala gigi ku ngilu dicuci dengan memasang cerita UPIN&IPIN de Movie~CANGGIH..x cam aku cabut gigi time standard 1 dlu...
~tido sengeh tunjuk gigi yg menyilaukan~
No comments:
Post a Comment