Monday, January 10, 2011

i'm home~




thanks apish melayan saya tanpa jemu walaupon jelas di mata awak rasa macam nak flying kick tengkuk saya. haha.rasa berdosa malam ni..really!! saya mau cakap-cakap dengan awak, tapi awak tak jawab call saya~
missing u~(apish, tangan saya bengkak.pukul awak kuat sangat.i'm so sorry)


auntie antoi. thanks so much. we shared stories together. advice yang sangat berguna. sampai sekarang belum stop berangan pakai baju pengantin color kuning..anom KULIT KO HITAM!. adakah benar para pengantin harus memakai baju color kuning time bersanding???untuk menaikkan seri wajah?? RAJA SEHARI~fine..tak ada orang pon nak bangkang.auntie lg banyak makan garam. nanti kami try ok~


rakan-rakan sekelas, saya sangat malas untuk ke kelas..1 kelas je kan...halal je la mr faizal~rabu nanti saya pasti muncul.mood:sangat malas untuk bangun pagi, bingit mau gosok baju kurung, penat bawak beg berat yang isinya bukan alat-alat membantu pembelajaran, LETIH~Inchek rizal, tolong investigate siapa pencurik iron nenek ku itu.apa mau bilang sama maktok.iron yang ala-ala antik pon mau curik.selayaknya ia ada di muzium.haruskah saya mencarinya? dasar.......malu asik meminjam private iron milik...hurrrmmm...tak tau nama pemiliknya..belum berkenalan lagi~


amar lutfi baha~saya rindu awak..awak sihat kah di sana? saya dah tengok photo awak botak. huduh tapi cool la. nampaknya inchek baha sangat rindu akan awak.dia asik mengadap photo awak yang botak itu di dalam lappy nya. ibu bilang jumaat ni awak pulang. sila pulang segera.

hanum fateha baha~thanks awak.awak kemas baju saya. nanti saya bagi upah ok.yang murah saja.takyah demand la makcik! saya rindu awak. katil ini luas tanpa awak.locker ini kosong tanpa awak.makanan tak termakan tanpa awak.

terasa malam ni sangat sunyi.tak seperti malam-malam sebelumnya.

Tuesday, January 4, 2011

hidup tanpa wifi~

kini di oldtaste....bkn oldtown...oldtaste la...BUKAN OLDTOWN..
huh! dasar tak mau mengerti...
kembali ke segamat tanpa teknologi canggih di sisi..so selamat mengemis di jalanan wahai anom baha..demi untuk sesuap line internet.
register course yang amat membangangkan..tunggang tebalik jadinye..lantak ko la class..yang penting di hari mendatang aku nak kena pergi merengek kat puan yus..ambik ko nom..gi cium pintu KP sane~
minggu ni memang sebok dengan tido yang tak penah cukup..maaf cikgu-cikgu~
so sekarang abang oldtaste pon da bagi resit suruh kitaorang bayar..ye...halau lah aku lagi kalau berani!
dah aku mau pulang!

Wednesday, December 29, 2010

ingin menjadi sihat~

entry kali ini khas buat anak-anak inchek baha yang amat gegeh untuk kekal sihat dan slim~

kerana nila setitik rosak susu sebelanga.huish..begitu lah nasib kami apabila ayah termakan daging terlebih 2 cm dari saiz kotak mancis (saiz tersebut dinasihatkan oleh doctor pakar sekiranya beliau tidak mahu di tahan wad lagi). kami sepakat untuk berjogging di bukit layang-layang semata-mata untuk sihat, tanpa niat kotor. sepanjang perjalanan menuju ke destinasi, ayah asik mengingatkan starting jangan terus berlari. kami da lama tak berjogging so kne mulakan dengan berjalan bersiar-siar dan lama kelamaan berjalan ala ala marathon..ceewwaaah! gelek punggung mu~

inchek baha yang jauh meninggalkan kami. mahu membuktikan 'walaupon rambut putih hati, jiwa raga masih remaja'. ye...kami percaya~5 round non stop. anak-anaknye yang da berenang kat belakang langsung tak dipedulikan. 'AKU MASIH JUARA' dalam hatinya berdetik.

gambar shaking. almaklum aku bukan kat kedai kodak amik gambar passport. tak yah nak complain. nanti amar pasti akan terasa di hina~
pokok kelapa berakar merah. oh..ini bukan karnival sukan untuk para OKU. jangan tersilap..di ingatkan sekali lagi..jangan tersilap..
pura-pura mengah. manusia sekolah tamil pon tau ko SEDANG berlakon la atia..muka mintak kasihan~ huh..dasar!!

manusia hipokrit..haha..apa ko pekak inchek baha suruh berjalan je tadi? nak snap je korang konon-konon la berjogging kan.. supaya bila aku tunjuk photo ni kat ayah, ayah akan menarik serta menghembus nafas lega. LUPAKAN....

setelah berjogging dengan semangat MALAYSIA BOLEH! kami bersatu hati untuk menjengah periuk nasi si mak long. roti sardin memang best. ayah tak yah nak gelakkan and then mintak sikit ok..anom order 1 keping je nih...sardin adalah sejenis ikan, ikan bagus untuk otak, otak perlu untuk belajar...ho ho ho horlicks suam 1. budget da pilih sarapan yang paling sihat la ni ye nom~

sedikit gambaran situasi di restoran maklong. bunyi alarm kat kedai sebelah memang membingitkan. boleh blah tak ko pencuri. bising menyebabkan kesihatan aku tergenjat seketika. aku perlu hidup yang sihat. (tersenyum memikirkan esok akan berjogging dengan lebih serious lagi..)

Monday, December 27, 2010

ouuuhh chitam~

chitam yang merana akibat penyakit tengkuk bernanah telah di rawat di klinik haiwan petang tadi. dia di laporkan tidak sedarkan diri setelah di bius dan akan kekal dalam keadaan di luar sedar selama 2 jam. apa yang telah berlaku chitam?? nanah yang meleleh di percayai hasil dari cakaran berbakteria yang sangat mendalam dari pemangsa. kami sekeluarga akan berusaha untuk menjejaki sarip dol sierra ini sehingga ketemu!! siap ko sarip..akan ku rendam kuku mu dengan dettol..buduh!! demi chitam yang disayangi~

spot kuning: jahitan kemas di tengkuk chitam. habis bertokak la bulu ko lepas ni chitam~

ketika koma. di dalam incubator yang selesa tanpa tilam empuk ya chitam~ masih berkeadaan teleng.

gambar yang sempurna menunjukkan chitam yang merengkok di dalam incubator. sangat sakit. bila la ko nk bangun ni chitam~


walaupon koma tapi bebola mata chitam masih bergerak-gerak. chitam..please..jangan stop bernafas!!

kini chitam telah bangkit dari incubatornya dan terhuyung-hayang menuju ke pintu keluar. tapi kenapa badan chitam basah??huh! ko kencing ye chitam...dasar~

anom kini mahu mengira titik-titik air kencing chitam yang menitis di lantai..tragis~
chitam..get well soon!!

kerana si limah~



haruskah kami yang mengilai kerananya?? huh! nasib baik dalam wayang tu gelap, kalau tak mesti boleh rakam bagaimana inchek baha ketawa mengilai kerana kak limah. bergelak sakan dalam wayang yang dingin bukan tradisi keluarga kami tetapi kesopanan tak diperlukan kali ini.

walaupun movie itu start ditayangkan pada 9 dec,tapi movie tu still hot babe. ingatkan dah hujung-hujung kami boleh pilih nak duduk sit mana pon yang kami suka..tapi sory men....PILIH SIT YANG COLOR BIRU SAJA KAK!!..lembap la ko anom~

mamat khalid, ko memang hebat~movie 1 jam 35 minit mampu membuatkan kami hilang daya tahan dan tidak bernafas secara normal. SANGAT BEST~ kak limah, ko memang vogue!


tatkala menunggu jam 4.45pm, kami menghiburkan hati dengan makanan-makanan yang kenyang cuma sebentar. tauhu bakar, enak tapi sangat lembab servicenya~

mari kami hiburkan hati mu inchek baha!! hanya mampu memandang dari jauh.sudah dipelawa tapi dia jual mahal. popcorn da standby. masih menghitung detik-detik waktu.

ini bukan manusia sedang pacaran! mereka lah anak-anak inchek baha. advertisement sangat melenguhkan tengkuk, nasib baik masuk lambat 10 minit.

saat yang di tunggu-tunggu telah tiba. anom, simpan handphone. ape ko tak nampak abang huduh tak bagi bawak camera, suruh silent phone, suruh senyap kt screen depan tuh? mau jadi lembap kah anom? sudah!! anom mau concentrate.............*

rugi puan combie tak ikut..hah! siapa suruh pecah kongsi~ kerana kesihatan kaki tak mengizinkan, maka puan combie terpaksa tinggal di rumah jaga chitam~

hari ni da banyak sangat gelakkan kak limah. kini berkeinginan untuk menonton Gulliver's travels. next time oke nom~nak makan ketam la*tiba2*.

pesanan penaja:happy anniversary inchek baha and puan combie..yg ke 26 kan?? may Allah bless both of u~

Rombongan cik milah ke kota tinggi~yo!


Rombongan ini bukan sekadar untuk makan angin sambil menyanyi lagu2 riang lalu bertepuk tangan. misi utama kami ke kota yang tinggi ini bertujuan untuk ke majlis kawin seseorang yang aku tak pernah kenal..tp cik milah kenal!! perjalanan yang mengambil masa 1 jam 45 minit (seperti yang di tekankan oleh apish berulang kali) terasa sangat panjang. detik-detik perjalanan tak dapat aku snapkan photonya kerana sebok berborak dengan cik milah dan milah~apish..ko sebok sangap kan...
tatkala tiba di pantai:

ini milah tp bukan cik milah, ahli rombongan yang sangat excited untuk berphoto..(apish bilang kalau snap dari angle atas akan menghasilkan photo yang lawa...TIPU!)


kami belajar untuk menjadi romantis. mula mencoret-coret di pasir gebu (arahan si milah)...tulis la apa pon yang ko nak apish...aku mau SENYUM SAJA..hidup sangat HIPOKRIT~haha


setelah selesai diskusi bersama, kami hanya mampu mencoret symbol LOVE di situ. sehingga kini symbol itu masih terdampar di tepian..JANGAN PIJAK LA SENGAL..huh! senyum kembali~



senyum tapi pejam. siapa berani buat?? huh! (masih bernada angkuh di situ). penat nk pose la..AKU BUKAN MODEL..no idea~ketika kami sebok tergedik di tepian, cik milah hanya mampu memandang dari dalam kereta. hujan gerimis, anak muda saja dibenarkan keluar bergedikan.

photo ini seharusnya tidak fokus kepada kami berempat, tetapi kepada model catwalk berbaju biru yang sangat cover untuk melangkah. mengapakah?? sila crop photo ini ya!!
dari kiri: bukan bini pak mat tempe(co-pilot@kelindan), apish(driver sangap), cik milah(ketua rombongan) dan milah(PA ketua rombongan)

setelah menjelajah seluruh kawasan pantai yang nyaman di kota tinggi ini, kami singgah di rumah awe yang sangat meriah. maaf gambarnya tak dapat di siarkan di sini kerana sikap awe yang gemar mengunyah sirih (takde kaitan anom!). di mana pakwe? huh! sangat tak reti duduk diam. active walaupun sudah agak lanjut usia.

bbq night, walaupun tak dapat membantu dalam proses pembikinan bbq kerana sifat malu yang maha hebat, tp masih berkeinginan untuk meneruskan misi membasmi pembaziran makanan. kunyah dengan semangat walaupon daging liat, ayam lazat. MAKAN PON MARIAH MERIAH! terasa macam kat kampung sendiri pulak~

malam, bergerak pulang dengan memasang niat untuk datang lagi ke pantai-pantai yang nyaman tersebut sambil membawa selipar. baru syok main air!!

anyway, thanks apish, cik milah and milah..anom baha sangat seronok~

Tuesday, November 30, 2010

KLINIK GIGI..jom~

29.11.2010~menemani apish ke klinik gigi untuk mncabut grahamnya...wah..SAKIT~
setelah sekian lama tidak mnjejakkan kaki ke KLINIK GIGI, trauma.. maka dengan pengaruh kuat apish, aku mencuci gigi2ku..jantung macam nk pecah!! padahal cuci je...takut aku mengalahkan kecuakkan sang apish...beristighfar sepanjang tempoh menunggu...after apish meronggakkan giginye, NOW MY TURN BEBEH~Ooh dentist yg disanjungi~ngilu la makcik!!

x di sangka2..next week aku di undang lagi untuk ke KLINIK GIGI~tampal ya anom baha...3 lubang di temui..tp sume lubang itu masih cinonet..NEXT WEEK ANOM DATANG YE...

apa yang di pahamkan dr hujahan dentist tersebut, rawatan mencuci gigi ini PERLU..WAJIB..OBLIGATION..bg setiap makhluk selagi die bergelar MANUSIA BERGIGI..
  • Rawatan pencucian gigi bertujuan untuk membuang karang-karang gigi, plak-plak yang melekat pada permukaan gigi dan juga boleh membuang stain (tanda kotor) pada gigi disebabkan rokok, teh, kopi, milo dan lain2 lagi~
  • barangsiapa yg memiliki gigi KUNING semulajadi..jangan la anda brharap rawatan ini mampu memutihkan gigi anda~hampa jadinya nanti..
  • rawatan bergantung kepada individu-[setiap bulan~bagi org yang kuat merokok sehingga banyak stain pada gigi] [3 bulan sekali bagi mereka yang mempunyai masalah tulang dan gusi ][6 bulan sekali bagi kebiasaan orang] [setahun sekali bagi mereka yang pandai menjaga gigi dan gigi bebas dari masalah]=)
  • pencucian gigi dengan kerap akan menyebabkan gigi menjadi terhakis atau nipis. kenyataan ini x tepat ye rakan2~Mata pencuci gigi itu x tajam, Ianya membuang karang gigi dengan cara getaran. selalunya semasa mencuci gigi itu gigi akan terasa ngilu ( banyak air yang dikeluarkan oleh mata pencuci ) dan kerana getaran pada permukaan gigi terutamanya kepada permukaan akar gigi yang telah terdedah akibat penurunan gusi
  • Sekiranya x tahan ngilu, rakan2 boleh meminta agar doktor membius atau pun menyapu ubat utk menghilangkan rasa ngilu ( tapi x semua klinik ada ubat sapu utk hilangkan rasa ngilu)
  • gusi brdarah ketika rawatan adalah perkara normal~so x yah nk kaget sambil melolong~
  • Karang gigi akan menyebabkan gusi senang berdarah. Sebab itu time gosok gigi, gusi rakan2 berdarah dan kalau gusi yang sudah dijangiti kuman dengan teruk, gusi akan berdarah walaupun tidak disentuh. Penyakit ini dipanggil gingivitis. Ia boleh diubati dengan cara pemberusan gigi dengan betul dan juga rawatan pencucian gigi
bagi rakan2 yg senasib dengan si apish yg kehilangan giginya~ cadangan ini bagus untuk kalian..

Mengantikan gigi yang hilang

1. Bridge

  • Ia boleh dibuat untuk menggantikan gigi yang telah dicabut atau semulajadi tiada
  • Nampak natural
  • Tahan lama jika dijaga dengan betul
  • Kekurangan~ ia boleh tanggal jika gigi yang menjadi pegangan bridge itu rosak. Tapi jika dijaga dengan baik, gigi xkan rosak
  • Gigi bersebelahan perlu kuat ( tak bergoyang )untuk membolehkan kita membuat bridge. Jika tidak bridge x tahan lama

2. Implan

  • Lebih baik berbanding bridge kerana tidak perlu mengecilkan gigi bersebelahan dan ianya seperti memiliki gigi asli
  • Ia juga boleh menolong mereka yang mahu membuat bridge tetapi tiada gigi sokongan terutamanya di bahagian belakang
  • Harganya sangat mahal dalam 5000-6000 sebatang tak termasuk crown
  • Tempoh rawatan agak lama untuk memastikan skru bercantum dengan tulang, biasanya dalam 9 bulan kemudian barulah crown akan dilekatkan kepada skru
  • Tak semua orang sesuai utk rawatan ini~ bergantung pada keadaan tulang dan kesihatan serta habit seseorang. Perokok biasanya digalakkan berhenti merokok jika nakkan implan berjaya. Diabetis yang tidak terkawal juga menyebabkan proses pelekatan implan kepada tulang kurang berjaya. Kebersihan mulut juga penting utk menjayakan rawatan ini kerana jika tidak menjaga kebersihan mulut dengan betul, plak akan menyebabkan tulang di sekitar implan itu menurun dan seterusnya menyebabkan implan tidak bercantum dengan tulang

so, pilihan di tangan anda... supaya anda nampak lebih berkeyakinan, lebih bersemangat dan juga tidak segan untuk senyum…=)

~special thanks to KLINIK GIGI yg sudi menghiburkan hati ku tatkala gigi ku ngilu dicuci dengan memasang cerita UPIN&IPIN de Movie~CANGGIH..x cam aku cabut gigi time standard 1 dlu...

~tido sengeh tunjuk gigi yg menyilaukan~