Rombongan ini bukan sekadar untuk makan angin sambil menyanyi lagu2 riang lalu bertepuk tangan. misi utama kami ke kota yang tinggi ini bertujuan untuk ke majlis kawin seseorang yang aku tak pernah kenal..tp cik milah kenal!! perjalanan yang mengambil masa 1 jam 45 minit (seperti yang di tekankan oleh apish berulang kali) terasa sangat panjang. detik-detik perjalanan tak dapat aku snapkan photonya kerana sebok berborak dengan cik milah dan milah~apish..ko sebok sangap kan...
tatkala tiba di pantai:

ini milah tp bukan cik milah, ahli rombongan yang sangat excited untuk berphoto..(apish bilang kalau snap dari angle atas akan menghasilkan photo yang lawa...TIPU!)

kami belajar untuk menjadi romantis. mula mencoret-coret di pasir gebu (arahan si milah)...tulis la apa pon yang ko nak apish...aku mau SENYUM SAJA..hidup sangat HIPOKRIT~haha

setelah selesai diskusi bersama, kami hanya mampu mencoret symbol LOVE di situ. sehingga kini symbol itu masih terdampar di tepian..JANGAN PIJAK LA SENGAL..huh! senyum kembali~

senyum tapi pejam. siapa berani buat?? huh! (masih bernada angkuh di situ). penat nk pose la..AKU BUKAN MODEL..no idea~ketika kami sebok tergedik di tepian, cik milah hanya mampu memandang dari dalam kereta. hujan gerimis, anak muda saja dibenarkan keluar bergedikan.

photo ini seharusnya tidak fokus kepada kami berempat, tetapi kepada model catwalk berbaju biru yang sangat cover untuk melangkah. mengapakah?? sila crop photo ini ya!!
dari kiri: bukan bini pak mat tempe(co-pilot@kelindan), apish(driver sangap), cik milah(ketua rombongan) dan milah(PA ketua rombongan)
setelah menjelajah seluruh kawasan pantai yang nyaman di kota tinggi ini, kami singgah di rumah awe yang sangat meriah. maaf gambarnya tak dapat di siarkan di sini kerana sikap awe yang gemar mengunyah sirih (takde kaitan anom!). di mana pakwe? huh! sangat tak reti duduk diam. active walaupun sudah agak lanjut usia.
bbq night, walaupun tak dapat membantu dalam proses pembikinan bbq kerana sifat malu yang maha hebat, tp masih berkeinginan untuk meneruskan misi membasmi pembaziran makanan. kunyah dengan semangat walaupon daging liat, ayam lazat. MAKAN PON MARIAH MERIAH! terasa macam kat kampung sendiri pulak~
malam, bergerak pulang dengan memasang niat untuk datang lagi ke pantai-pantai yang nyaman tersebut sambil membawa selipar. baru syok main air!!
anyway, thanks apish, cik milah and milah..anom baha sangat seronok~