Wednesday, May 25, 2011

untitled~

jam purple menunjukkan pukul 3.44 am. but i can't sleep. why? don't ask me~
adakah mungkin kerana nescafe segelas?
mungkin juga kerana tidur melampau di petang hari..
mungkin juga kerana confuse & kesesakan lalulintas otak!
modula oblongata tak brsuara.tak mengangguk mahupun menggeleng.

entry ini bukan bertemakan aduan kekacauan jiwa.
entry ini bukan juga bertemakan kasih sayang dua sejoli.
entry ini bukan juga bertemakan protes sesama manusia.
sengaja mahu mengulang2 ayat. tak perlu jelek wahai si jelek!

(3.52: mms dr apish.tido la budak!)

i need someone. who can spend a few minutes with me~
just a few minutes babe!!
atia..amar..cepat la balik..
ton..jom la ajak zoohenah hang out!!
fatin..di mana kamu~
i need my advisor. penasihat 25
sememangnye aku sedang frust!

25 may: Happy Birthday OYA.may Allah bless u~

Saturday, February 5, 2011

weekEND~

Malam terakhir aku setelah seminggu terperap busuk di sierra ~
cuti tanpa hiburan. paling menghiburkan hanya lah tontonan HANTU KAK LIMAH BALIK UMAH tanpa henti.berulang-ulang kali..hahahahaha..TERHIBUR.~*thanks ASTRO FIRST
aku sebok cari journal tapi sangat malas mau mensummarykan semuanya. masih menunggu mood yang sedang enak mengutip angpow~
esok harus pulang ke SEGAMAT awal demi untuk mengemas rumah yang busuk berlumpur. jangan tanya MENGAPA..apa kau tak tengok BERITA!. huh! amat dahsyat...anom baha masih trauma~
apish..aku ni mangsa banjir..mengapa kau malas mau mengajak ku keluar..ok..kau selalu sebok!
amar..kau asik siapkan homework. tapi tak siap-siap.LEMBAP.


atia..homework kau cuma mencanting di kertas minyak yang tak cukup 4 kaki. konon-konon ia demi masa depan. huh!apa salahnya kau temankan aku bergosip sambil pekena nescafe kau yang ala-ala OSMAN tu~
SANGAT BOSAN MINGGU INI~
akhirnya dapat jugak kita spent time sama-sama walaupun hanya di depan UMAH CIK SOM~

sengeh~walaupon homework belum siap.barang-barang belum pack.hmm PEACE la sangat!! selamat kembali ke MALACCA~

makhluk ini memang tak reti senyum.tapi dia tidak liar.masih boleh di sentuh. dia tidak mencakar.

gonna miss u.BOTH.

senyum.esok kau nangis kikis lumpur. senyum lagi.dasar tak reti bahasa.hmm..senyum la kau sensorang~

in a nutshell;
ini lah hasil lukisan atia.walaupon ayah yang melukis sebenarnya.tapi ayah tak mau hal ini di gembar-gemburkan oleh masyarakat. aku turut menghulurkan tangan ringankan beban. aku tolong warna part yang gunakan color-color favorite aku SAHAJA.
sekian, tugasan untuk hari ini selesai dengan jayanya.esok wajib bangun pagi packing barang.balik segamat dengan tangisan. setan-setan, kalian get lost dari mimpi ku.kalian huduh. apish...ke marila..ke marila...ZZzzzz

Monday, January 10, 2011

i'm home~




thanks apish melayan saya tanpa jemu walaupon jelas di mata awak rasa macam nak flying kick tengkuk saya. haha.rasa berdosa malam ni..really!! saya mau cakap-cakap dengan awak, tapi awak tak jawab call saya~
missing u~(apish, tangan saya bengkak.pukul awak kuat sangat.i'm so sorry)


auntie antoi. thanks so much. we shared stories together. advice yang sangat berguna. sampai sekarang belum stop berangan pakai baju pengantin color kuning..anom KULIT KO HITAM!. adakah benar para pengantin harus memakai baju color kuning time bersanding???untuk menaikkan seri wajah?? RAJA SEHARI~fine..tak ada orang pon nak bangkang.auntie lg banyak makan garam. nanti kami try ok~


rakan-rakan sekelas, saya sangat malas untuk ke kelas..1 kelas je kan...halal je la mr faizal~rabu nanti saya pasti muncul.mood:sangat malas untuk bangun pagi, bingit mau gosok baju kurung, penat bawak beg berat yang isinya bukan alat-alat membantu pembelajaran, LETIH~Inchek rizal, tolong investigate siapa pencurik iron nenek ku itu.apa mau bilang sama maktok.iron yang ala-ala antik pon mau curik.selayaknya ia ada di muzium.haruskah saya mencarinya? dasar.......malu asik meminjam private iron milik...hurrrmmm...tak tau nama pemiliknya..belum berkenalan lagi~


amar lutfi baha~saya rindu awak..awak sihat kah di sana? saya dah tengok photo awak botak. huduh tapi cool la. nampaknya inchek baha sangat rindu akan awak.dia asik mengadap photo awak yang botak itu di dalam lappy nya. ibu bilang jumaat ni awak pulang. sila pulang segera.

hanum fateha baha~thanks awak.awak kemas baju saya. nanti saya bagi upah ok.yang murah saja.takyah demand la makcik! saya rindu awak. katil ini luas tanpa awak.locker ini kosong tanpa awak.makanan tak termakan tanpa awak.

terasa malam ni sangat sunyi.tak seperti malam-malam sebelumnya.

Tuesday, January 4, 2011

hidup tanpa wifi~

kini di oldtaste....bkn oldtown...oldtaste la...BUKAN OLDTOWN..
huh! dasar tak mau mengerti...
kembali ke segamat tanpa teknologi canggih di sisi..so selamat mengemis di jalanan wahai anom baha..demi untuk sesuap line internet.
register course yang amat membangangkan..tunggang tebalik jadinye..lantak ko la class..yang penting di hari mendatang aku nak kena pergi merengek kat puan yus..ambik ko nom..gi cium pintu KP sane~
minggu ni memang sebok dengan tido yang tak penah cukup..maaf cikgu-cikgu~
so sekarang abang oldtaste pon da bagi resit suruh kitaorang bayar..ye...halau lah aku lagi kalau berani!
dah aku mau pulang!

Wednesday, December 29, 2010

ingin menjadi sihat~

entry kali ini khas buat anak-anak inchek baha yang amat gegeh untuk kekal sihat dan slim~

kerana nila setitik rosak susu sebelanga.huish..begitu lah nasib kami apabila ayah termakan daging terlebih 2 cm dari saiz kotak mancis (saiz tersebut dinasihatkan oleh doctor pakar sekiranya beliau tidak mahu di tahan wad lagi). kami sepakat untuk berjogging di bukit layang-layang semata-mata untuk sihat, tanpa niat kotor. sepanjang perjalanan menuju ke destinasi, ayah asik mengingatkan starting jangan terus berlari. kami da lama tak berjogging so kne mulakan dengan berjalan bersiar-siar dan lama kelamaan berjalan ala ala marathon..ceewwaaah! gelek punggung mu~

inchek baha yang jauh meninggalkan kami. mahu membuktikan 'walaupon rambut putih hati, jiwa raga masih remaja'. ye...kami percaya~5 round non stop. anak-anaknye yang da berenang kat belakang langsung tak dipedulikan. 'AKU MASIH JUARA' dalam hatinya berdetik.

gambar shaking. almaklum aku bukan kat kedai kodak amik gambar passport. tak yah nak complain. nanti amar pasti akan terasa di hina~
pokok kelapa berakar merah. oh..ini bukan karnival sukan untuk para OKU. jangan tersilap..di ingatkan sekali lagi..jangan tersilap..
pura-pura mengah. manusia sekolah tamil pon tau ko SEDANG berlakon la atia..muka mintak kasihan~ huh..dasar!!

manusia hipokrit..haha..apa ko pekak inchek baha suruh berjalan je tadi? nak snap je korang konon-konon la berjogging kan.. supaya bila aku tunjuk photo ni kat ayah, ayah akan menarik serta menghembus nafas lega. LUPAKAN....

setelah berjogging dengan semangat MALAYSIA BOLEH! kami bersatu hati untuk menjengah periuk nasi si mak long. roti sardin memang best. ayah tak yah nak gelakkan and then mintak sikit ok..anom order 1 keping je nih...sardin adalah sejenis ikan, ikan bagus untuk otak, otak perlu untuk belajar...ho ho ho horlicks suam 1. budget da pilih sarapan yang paling sihat la ni ye nom~

sedikit gambaran situasi di restoran maklong. bunyi alarm kat kedai sebelah memang membingitkan. boleh blah tak ko pencuri. bising menyebabkan kesihatan aku tergenjat seketika. aku perlu hidup yang sihat. (tersenyum memikirkan esok akan berjogging dengan lebih serious lagi..)

Monday, December 27, 2010

ouuuhh chitam~

chitam yang merana akibat penyakit tengkuk bernanah telah di rawat di klinik haiwan petang tadi. dia di laporkan tidak sedarkan diri setelah di bius dan akan kekal dalam keadaan di luar sedar selama 2 jam. apa yang telah berlaku chitam?? nanah yang meleleh di percayai hasil dari cakaran berbakteria yang sangat mendalam dari pemangsa. kami sekeluarga akan berusaha untuk menjejaki sarip dol sierra ini sehingga ketemu!! siap ko sarip..akan ku rendam kuku mu dengan dettol..buduh!! demi chitam yang disayangi~

spot kuning: jahitan kemas di tengkuk chitam. habis bertokak la bulu ko lepas ni chitam~

ketika koma. di dalam incubator yang selesa tanpa tilam empuk ya chitam~ masih berkeadaan teleng.

gambar yang sempurna menunjukkan chitam yang merengkok di dalam incubator. sangat sakit. bila la ko nk bangun ni chitam~


walaupon koma tapi bebola mata chitam masih bergerak-gerak. chitam..please..jangan stop bernafas!!

kini chitam telah bangkit dari incubatornya dan terhuyung-hayang menuju ke pintu keluar. tapi kenapa badan chitam basah??huh! ko kencing ye chitam...dasar~

anom kini mahu mengira titik-titik air kencing chitam yang menitis di lantai..tragis~
chitam..get well soon!!

kerana si limah~



haruskah kami yang mengilai kerananya?? huh! nasib baik dalam wayang tu gelap, kalau tak mesti boleh rakam bagaimana inchek baha ketawa mengilai kerana kak limah. bergelak sakan dalam wayang yang dingin bukan tradisi keluarga kami tetapi kesopanan tak diperlukan kali ini.

walaupun movie itu start ditayangkan pada 9 dec,tapi movie tu still hot babe. ingatkan dah hujung-hujung kami boleh pilih nak duduk sit mana pon yang kami suka..tapi sory men....PILIH SIT YANG COLOR BIRU SAJA KAK!!..lembap la ko anom~

mamat khalid, ko memang hebat~movie 1 jam 35 minit mampu membuatkan kami hilang daya tahan dan tidak bernafas secara normal. SANGAT BEST~ kak limah, ko memang vogue!


tatkala menunggu jam 4.45pm, kami menghiburkan hati dengan makanan-makanan yang kenyang cuma sebentar. tauhu bakar, enak tapi sangat lembab servicenya~

mari kami hiburkan hati mu inchek baha!! hanya mampu memandang dari jauh.sudah dipelawa tapi dia jual mahal. popcorn da standby. masih menghitung detik-detik waktu.

ini bukan manusia sedang pacaran! mereka lah anak-anak inchek baha. advertisement sangat melenguhkan tengkuk, nasib baik masuk lambat 10 minit.

saat yang di tunggu-tunggu telah tiba. anom, simpan handphone. ape ko tak nampak abang huduh tak bagi bawak camera, suruh silent phone, suruh senyap kt screen depan tuh? mau jadi lembap kah anom? sudah!! anom mau concentrate.............*

rugi puan combie tak ikut..hah! siapa suruh pecah kongsi~ kerana kesihatan kaki tak mengizinkan, maka puan combie terpaksa tinggal di rumah jaga chitam~

hari ni da banyak sangat gelakkan kak limah. kini berkeinginan untuk menonton Gulliver's travels. next time oke nom~nak makan ketam la*tiba2*.

pesanan penaja:happy anniversary inchek baha and puan combie..yg ke 26 kan?? may Allah bless both of u~